Artinya:
Allah,
tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah
ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit
dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha
mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka.
Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya.
Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara
keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Penjelasan:
Ayat
Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat
kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya,
kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana
adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya. Rasulallah
s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar
segera menulisnya dan menyebarkannya. Ada terdapat sembilan puluh lima buah
hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI
kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah
lagi yang mempunyai martabat. Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan
KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran
Tuhan.
Manfaat Membaca dan Mengamalkan Ayat Kursi
- Sesiapa
yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang
fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar,
setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan
dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam,
diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang
memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya,
hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Terdapat
keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan
membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia
akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat,
dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh
sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana
dengan izin Allah s.w.t.
- Salah
seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah
r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada
benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
- Syeikh
Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian
diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan
faham pada pelajaran yang dipelajari.
- Sesiapa
yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan
dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari
gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan
hilang rasa marahnya.
- Syeikh
alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan
hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam
segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan,
diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang
dituntutnya.
- Barang
siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua
malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
- Abdurahman
bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi
pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga
dan pelindung syaitan.
- Syeikh
Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia
membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris.
Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut
menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau
sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan
memudharatkannya.
- Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar